Gebeng Job Fair tawar 1,000 peluang kerja 

Gebeng Job Fair tawar 1,000 peluang kerja 

KUANTAN: Lebih seribu jawatan kosong disediakan oleh lima syarikat sempena Gebeng Job Fair yang diadakan dua hari, bermula esok.

Temuduga pada Sabtu akan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, di Gebeng manakala Pahang Skills Development Centre (PSDC) Semambu, pada Ahad, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Kelayakan minimum permohonan jawatan yang ditawarkan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Individu yang berminat dan mempunyai kelayakan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga dengan membawa bersama MyKad dan sijil yang berkaitan. 

Lima syarikat yang membuka kaunter temuduga ialah Hicom Automotive Sdn Bhd, Camel Power (M) Sdn Bhd, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Industrial Concrete Products Sdn Bhd. – MOHD IMRAN IZZAD