Oleh Kamal Arifin Ismail
kabhiismail@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) bersama Dapur Infaq Kuantan mengagihkan 300 pek sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di Pasar Besar dan Jalan Wong Ah Jang.
Pengerusi MRA Pahang, Mahadi Deraman, berkata kumpulan itu ketika ini berdepan kehidupan begitu sukar untuk meneruskan kehidupan.
“Alhamdulillah, dengan adanya bantuan makanan percuma daripada seperti ini, sekurang-kurangnya mereka tidak kelaparan.
“Ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang, bantuan patut dihulurkan lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai anak kecil,” katanya.
Beliau juga secara peribadi bangga dengan semangat dan keikhlasan sukarelawan yang mengorbankan masa seharian menyedia makanan dan mengagihkannya.