17 OGOS 2024 (TEMERLOH) : Gerakan Koperasi Pahang berjaya mencapai sasaran perolehan sebanyak RM1 billion dua tahun lebih awal daripada sasaran “road to 1billion 2025” sebagaimana yang dilancarkan pada Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pahang di Jerantut pada tahun 2022.
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri, YB. Dato’ Amizar bin Abu Adam berkata , ” Kejayaan sesebuah koperasi adalah penyampaian perkhidmatan yang tersusun dan penghasilan produk yang berkualiti dalam memenuhi kehendak dan memahami keperluan semasa pelanggan “.
Ujarnya lagi, ” Kerajaan Negeri Pahang akan senantiasa memberikan sokongan dalam menganjurkan program-program pembangunan gerakan koperasi di negeri ini agar terus konsisten dan berkembang maju dan dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam arus pembangunan ekonomi negeri.
Menurutnya, Gerakan Koperasi Pahang yang telah didaftarkan berjumlah 1,178 Koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 300,005 dengan aset bernilai RM1.5 billion. Statistik pencapaian yang direkodkan Suruhanjaya Koperasi Negeri pahang, jumlah share anggota sebanyak hampir RM450 juta dengan jumlah perolehan sudah menjangkau RM1.07 billion.
Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Tun Razak mewakili YAB. Menteri Besar Pahang. Turut Hadir , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amran bin Abdul Kadir dan Pengarah SKM Pahang, Ibrahim Husain.
Oleh : KabhiIsmail.