Giliran cikgu KAFA, pegawai masjid di Lepar dapat bantuan

Giliran cikgu KAFA, pegawai masjid di Lepar dapat bantuan

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Seramai 100 penerima terdiri daripada guru Kelas al-Quran Fardu Ain (KAFA) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar menerima Peruntukan Khas YAB Menteri Besar dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,000, hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Ahli DUN Lepar, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda di Dataran Pusat Khidmat DUN Lepar.

Difahamkan, menerusi oeruntukan itu, setiap penerima menerima sebanyak RM200 seorang.

Pada majlis sama, seramai tujuh wakil penerima dari masjid dan surau di kawasan berkenaan menerima bantuan inisiatif jubah.