Gol harijadi Zuhair Aizat

Gol harijadi Zuhair Aizat

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Zuhair Aizat Nazri mengakui satu gol yang dijaringkan ketika skaud itu menewaskan Sarawak United 4-1, malam kelmarin, cukup bermakna buat dirinya.

Bukan sahaja gol pertama Zuhair Aizat musim ini, malah jaringan itu dilakukan pada sambutan hari lahir ke-26.

“Saya gembira kerana berjaya membantu Sri Pahang untuk mencatatkan kemenangan ke atas Sarawak United dan pada masa sama, muncul selaku penjaring.

“Saya harap jaringan ini membantu meningkatkan motivasi untuk mempamerkan aksi lebih baik sebaik kempen Piala Malaysia bermula nanti,” kata pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang.

Pada perlawanan itu, Zuhair Aizat menjaringkan satu gol pada minit ke-90 manakala tiga gol lagi, masing-masing dua gol dijaringkan oleh Steven Rodriguez pada m-58, ,m-78 dan satu gol oleh David Rowley m-37.

Gol tunggal Sarawak United pula dijaringkan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada m-45.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN