Gotong-royong bersih pantai Kampung Salang meriah

Gotong-royong bersih pantai Kampung Salang meriah

ROMPIN: Lebih 100 kilogram (kg) sampah dikumpul pada Program  Bersih Pantai Tumbesaran Penyu di Kampung Salang, Taman Laut Pulau Tioman, di sini, kelmarin.

Program anjuran Jabatan Perikanan Negeri Pahang itu disertai lebih 100 penduduk setempat termasuk kakitangan Jabatan Taman Laut.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Abdullah Jaafar, berkata pihaknya sentiasa mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan pesisir pantai kampung terletak di Pulau Tioman dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini kita turut mengadakan aktiviti melepaskan anak penyu di Pulau Tulai sebagai usaha menambah jumlah reptilia berkenaan di perairan negeri ini.

“Saya berharap penduduk setempat dan pelancong sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata termasuk ke dalam laut,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan membuang sampah ke dalam laut boleh menyebabkan penyu mati apabila makan sampah yang disangkakan makanan – MOHD IMRAN IZZAD