Gotong-royong tanam petai, kerdas, perah 

Gotong-royong tanam petai, kerdas, perah 

LIPIS: Kesungguhan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memulihkan kawasan hutan di negeri ini dapat dilihat menerusi program penghijauan yang diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long berkata, selain pokok hutan agensi terbabit turut menanam pokok nadir yang bertujuan menjadi sumber makanan kepada masyarakat setempat.

“Pokok nadir seperti perah, petai dan kerdas adalah antara ulam-ulaman terkenal di negara ini,” katanya pada program pra penanaman sempena Majlis Sambutan Hari Hutan Peringkat Kebangsaan di Hutan Simpan Tanum, di sini.

Kira-kira seribu pokok perah, petai dan kerdas ditanam secara gotong-royong dalam program berkenaan. – MOHD IMRAN IZZAD