KUANTAN: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran menyediakan kemudahan aplikasi kod QR bagi masyarakat membuat aduan kegiatan pencerobohan hutan simpan.
Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan masyarakat untuk sama membantu mencegah kegiatan menceroboh hutan simpan dan memindahkan hasil hutan tanpa lesen.
Menurutnya, kerjasama yang diberikan orang awam membolehkan pihaknya melakukan siasatan seterusnya membuat tangkapan terhadap individu tidak bertanggungjawab.
“Orang awam boleh imbas kod QR di Facebook PHD KPM/Pejabat PHD KPM atau terus layari https://e-inforestkuantan.com/aduan-pencerobohan-hutan.
“Sila nyatakan maklumat lokasi aduan dengan terperinci seperti nama kampung, mukim, daerah, nama sungai berhampiran, hutan simpanan kekal (HSK) dan koordinat sistem kedudukan sejagat (GPS) dapat membantu usaha mengesan penceroboh,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD