KUANTAN: Guru perlu memiliki keikhlasan dan tanggungjawab ketika bertugas mendidik anak bangsa.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Dato’ Mohd Zaili Besar berkata, tanpa rasa ikhlas dan minat dengan kerjaya, sukar untuk guru menjalankan tugas yang diamanahkan.
Katanya, guru yang baik sentiasa memiliki minat untuk mengajar dan mencurah ilmu kepada pelajar mereka.
“Saya pernah bertugas sebagai guru. Pengalaman mengajar masih segar dalam jiwa ini dan tidak mungkin akan hilang.
“Ramai rakan saya masih lagi bertugas di sekolah rendah dan menengah, saya melihat mereka begitu setia dengan tugas sebagai pendidik,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di sini, kelmarin. – MOHD IMRAN IZZAD