Halau gajah ke Hutan Simpan Jelai jika muncul semula

Halau gajah ke Hutan Simpan Jelai jika muncul semula

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan menghalau kumpulan gajah yang menyerang penduduk Orang Asli jika haiwan itu muncul kembali di Kampung Simoi Baru di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Lipis.

Pengarahnya, Rozidan Md Yasin berkata, haiwan terbabit akan dihalau ke kawasan Hutan Simpan Jelai yang menjadi habitat semulajadinya.

“Kita membuat pemantauan di kawasan terbabit bermula kelmarin (8 Disember) dengan menambah aset seperti kenderaan dan penggunaan senjata api.

“Dua puluh kakitangan Perhilitan ditempatkan di kawasan Kampung Simoi Baru bagi tujuan pemantauan,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu diselaraskan oleh Pegawai Daerah Lipis dengan kerjasama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pejabat Penghulu Mukim Ulu Jelai.

Dalam kejadian 4.40 pagi, Selasa, 6 Disember lalu, wanita Orang Asli Kampung

Simoi Baru Pos Betau, Wak Angkat Yok Tong, 39, ditemui maut di kawasan pokok pisang berhampiran rumahnya. –  MOHD IMRAN IZZAD