Halia Bentong Kuala Pahang beri rezeki lumayan

Halia Bentong Kuala Pahang beri rezeki lumayan

PEKAN: Projek tanaman halia Bentong (Zingiber officinale) yang diusahakan secara fertigasi  Kampung Kuala Pahang memberikan hasil lumayan, sejak dua tahun lalu.

Pekebun, Mohd Fadzrul Hakim Othman, 34, berkata kira-kira empat ribu polibeg tanaman berkenaan mula mengeluarkan hasil secara berperingkat sejak November 2022.

Mohd Fadzrul berkata, dia meneruskan projek tanaman halia Bentong secara fertigasi yang dimulakan oleh arwah adiknya, Fateen Afiqa, selepas mendapati masa depan tanaman berkenaan begitu menggalakan.

“Halia Bentong memerlukan enam hingga sembilan bulan untuk matang dan dituai. Penjagaannya lebih mudah berbanding tanaman lain. 

“Ancaman serangan dan penyakit begitu rendah. Tapi, penggunaan baja yang dicampur dengan air dalam tangki khas diperlukan.

“Boleh dikatakan mengusahakan tanaman halia Bentong mampu memberi pulangan menguntungkan jika tidak mendapat saingan halia China dan Thailand yang dijual pada harga yang agak rendah,” katanya. MOHD IMRAN IZZAD