Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Hampir 300,000 atau 25.55 peratus daripada 1.68 juta penduduk Pahang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Beradasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 586,710 atau hampir 50.5 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satus dos.
Menurut statistik itu lagi, setakat ini 957,520 atau 81.4 peratus sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan.
“Jumlah vaksin diterima sehingga 7 Ogos ialah sebanyak 1.035 juta dos dan daripada jumlah itu, sebanyak 886,641 atau 85.6 peratus sudah digunakan,” kata JKJAV.
Di Pahang, sebanyak 69 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.
YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berhasrat melihat 1,231,800 rakyat mendaftar untuk mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok menerusi PICK.