Hampir 390,000 warga Pahang sudah lengkap dos pertama vaksin

Hampir 390,000 warga Pahang sudah lengkap dos pertama vaksin

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sejumlah 389,535 individu di Pahang sudah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Menurut Statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sehingga 4 Julai 2021, lebih 145,000 warga Pahang selesai menerima dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, sejumlah 796,010 atau 67.7 peratus rakyat Pahang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin. 

Dalam satu kenyataan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Kerajaan Pahang meletakkan sasaran 1,231,800 rakyatnya mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar mencapai imuniti kelompok menerusi PICK.

Pahang kini memiliki 69 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beropeasi di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.