KUANTAN: Hampir 5,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas menjaga keselamatan dan mengawal situasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang, Sabtu ini.
Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata setakat ini jumlah keanggotaan yang terbabit ialah 4,951 orang dan memadai sepanjang proses pengundian.
“Kita juga mengesahkan tiada kawasan panas atau ‘hotspot’ yang memerlukan kawalan lebih ketat.
“Namun, kita sentiasa bersedia jika berlaku insiden. Bagaimanapun kita mengharapkan ia tidak berlaku pada pilihan raya kali ini,” katanya.
Ramli berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Taklimat Penyelarasan Penugasan Petugas PRU15 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN