Hampir RM35,000 diperuntukkan untuk masjid dan surau di Kuantan

Hampir RM35,000 diperuntukkan untuk masjid dan surau di Kuantan

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 117 masjid dan surau di daerah ini menerima bantuan yang diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi majlis mengimarahkan masjid dan surau sempena Ramadan.

Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata RM19,950 diagihkan kepada 57 masjid manakala 60 surau diperuntukkan RM15,000.

“Sumbangan itu diharap membantu pengurusan masjid dan surau melaksanakan program pada bulan mulia ini,” katanya. 

Hamdan berkata demikian pada Program Makmur Ramadan Bandar Raya Kuantan, Sumbangan Masjid dan Surau serta Ceramah Perdana di Dewan Bandaraya, Kompleks Bandaraya Kuantan, di sini, hari ini.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN