MARAN: Sekurang-kurangnya 55 kotak bantuan keperluan asas diagihkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang kepada golongan kurang berkemampuan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini.
Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof Dr Mohd Ilham Adenan berkata, program prihatin Ramadan itu antara inisiatif pihaknya untuk membantu penduduk setempat.
Menurutnya, program terbabit diadakan hampir setiap tahun melalui Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Bahagian Pentadbiran untuk membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan ini.
“Kita hanya bertanggungjawab menyediakan barang bantuan manakala pemilihan penerima dilakukan oleh KRT (Jawatankuasa Rukun Tetangga) Daerah Jengka. Semua sumbangan itu dihantar terus ke rumah penerima,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD