Hanya 30 peratus Orang Asli terima suntikan vaksin COVID-19

Hanya 30 peratus Orang Asli terima suntikan vaksin COVID-19

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Dihidangkan dengan berita tidak tepat oleh pelbagai pihak faktor utama menyebabkan ramai masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 disediakan kerajaan.

Masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Jerantut.

  Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, setakat ini hanya kira-kira 500 masyarakat Orang Asli yang telah menerima suntikan vaksin berbanding 3,000 yang mendaftar sejak program berkenaan diperkenalkan kerajaan.

  Menurutnya, di negeri ini terdapat seramai 54,000 masyarakat Orang Asli yang layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 namun sambutan yang diterima amat rendah disebabkan pengaruh cerita yang tidak benar.

  Katanya, aktiviti promosi dan sesi penerangan di seluruh negeri kini terus dijalankan secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti media sosial, elektronik dan cetak. 

  “Hingga hari ini sebanyak 15,000 borang persetujuan menerima suntikan vaksin COVID-19 telah diedarkan dan kita jangkakan sebanyak 54,000 borang diedarkan menjelang Oktober nanti.

  “Saya sudah mengarahkan pegawai JAKOA daerah supaya mempergiatkan lagi usaha pendaftaran dalam memastikan matlamat kerajaan  tercapai,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

  Beliau berkata, kempen secara langsung di kampung pedalaman terus dilakukan menggunakan kaedah pendaftaran secara borang manual, pegawai JAKOA akan membantu mengisi selain menguruskan pengangkutan.

  Johari menambah, kebanyakan masyarakat Orang Asli dilihat terlaluterpengaruh dengan berita tidak benar mengenai vaksin COVID-19 yang tersebar di medial sosial.

  Katanya, selain mendaftar melalui JAKOA, ada masyarakat Orang Asli yang daftar melalui MySejahtera dan petugas barisan hadapan.

  “Kerajaan Pahang menyediakan 1,000 kuota untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 namun masih belum digunakan sepenuhnya.

  “Saya merayu supaya semua masyarakat Orang Asli di negeri ini yang layak segeralah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, mereka tidak perlu takut dan bimbang.

  “Mereka tidak seharusnya terpedaya dan percaya dengan  cerita palsu mengenai 

vaksin yang disediakan kerajaan, jagalah diri dan keluarga serta masyarakat Orang Asli,” katanya.