Hanya BN bantu Orang Asli

Hanya BN bantu Orang Asli

PEKAN: Pengundi muda Orang Asli daerah ini berharap Barisan Nasional (BN) dapat terus memerintah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri ini.

Khadri Awang, 31 yang menetap di Kampung Cendahan, Tasik Chini, berkata wakil rakyat BN sentiasa memberi perhatian dengan memberi bantuan dan bertanya khabar.

Katanya, hanya wakil rakyat BN sahaja yang mampu membantu masyarakat Orang Asli, pihak lain tidak mungkin sanggup berbuat demikian dan hanya muncul menjelang pilihan raya.

“Sebelum ini kami ada Dato’ Sri Najib Razak (bekas Ahli Parlimen Pekan) yang banyak membantu, kali ini wakil rakyat baharu diharap tidak mengabaikan kami,” katanya.

Rakannya Hendry Jantan, 22, berkata terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh wakil rakyat terdahulu dan  Orang Asli tidak pernah dipinggirkan walaupun tinggal jauh di pedalaman.

Hendry Jantan

Oleh itu, katanya, calon wakil rakyat BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain, diharap dapat terus menjalankan tugas dengan berkesan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Saya akan terus menyokong calon UMNO (Mohd Sharim) yang sentiasa memberi perhatian terhadap Orang Asli,” katanya yang menetap di Kampung Tanah Merah.

Nazri Awang

Nazri Awang, 28, pula berkata, dia harap kerajaan dapat membantu menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik.

“Saya yakin hanya kerajaan BN sahaja menyelesaikan masalah berkenaan, masyarakat Orang Asli inginkan kemudahan berkenaan bagi keselesaan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.