Hanya BN berupaya membela nasib rakyat

Hanya BN berupaya membela nasib rakyat

PEKAN: Hanya Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib rakyat pelbagai bangsa dalam apa juga keadaan.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif berkata, apa juga bantuan yang disediakan Kerajaan Pahang dinikmati oleh pelbagai keturunan, termasuk Melayu, Cina dan India.

Menurutnya, sebagai contoh bantuan bencana, perumahan dan kesihatan yang disalurkan oleh Kerajaan Pahang yang diterajui BN diberi kepada semua kaum.

“Justeru, saya berharap pengundi Cina dapat terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini,” katanya pada program Ramah Mesra Bersama Pengundi Kaum Cina Taman Seri Inderapura, di sini, hari ini.

Lebih 50 pengundi Cina menghadiri program yang bertujuan mengeratkan hubungan di antara calon wakil rakyat dan penduduk setempat. – MOHD IMRAN IZZAD