PEKAN: Rekod cemerlang Barisan Nasional (BN) menjadi sandaran untuk parti itu perlu terus disokong oleh masyarakat Orang Asli Kampung Permatang Keledang, di sini.
Penduduk, Hasan Jantan, 61. berkata, pemimpin BN banyak berjasa kepada penduduk kampung dengan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan.
Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Razak, sentiasa mendekati masyarakat di Kampung Permatang Keledang dan penggantinya diharap dapat mengambil tindakan sama dengan membela nasib Orang Asli.
“Bancian mendapati kira-kira 500 pengundi di Kampung Permatang Keledang berpihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Saya berharap jumlah berkenaan akan bertambah pada PRU15 dalam memastikan BN menang,” katanya pada program berkempen kerusi Parlimen Pekan, Dato’ Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali, di sini. Semalam.
Bagi Rogayah Sengti Moi, 51, calon kerusi Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya tidak asing lagi di daerah ini dan Orang Asli perlu menyokong calon BN.
“Rekod Sh Mohamed Puzi yang sebelum ini sebagai wakil rakyat DUN Peramu Jaya amat baiki. Beliau perlu dikekalkan untuk memastikan masa depan Orang Asli terus terbela,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.