‘Happy birthday to you Tok Wan’

‘Happy birthday to you Tok Wan’

KUANTAN: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-64,, hari ini, menerima ucapan daripada orang ramai, khususnya rakyat Pahang.

Rata-rata rakyat Pahang menerusi laman sosial Facebook mendoakan semoga Wan Rosdy dipanjangkan umur dan membangunkan negeri Pahang dengan cemerlang.

Bagi Hazani Hussin, beliau mendoakan semoga YAB Menteri Besar diberikan kekuatan untuk terus mengorak langkah membawa negeri Pahang maju membangun bersama Barisan Nasional (BN).

“Happy birthday to you Tok Wan,” kata Hazani.

Asnah Mokhtar pula mendoakan YAB Menteri Besar dipanjangkan umur serta berbahagia di dunia dan akhirat.

“Happy birthday to my MB, semoga panjang umur dan murah rezeki, amin,” kata Shaharudin Ahmad. 

Sementara itu, Wan Rosdy berterima kasih di atas ucapan itu.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN