Harap ikut TTA kalau nak balik KL nanti yek

Harap ikut TTA kalau nak balik KL nanti yek

KUANTAN: Anih Berhad menyarankan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) untuk terus mengikuti cadangan jadual perjalanan (TTA) untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata ini susulan aliran trafik kembali ke Lembah Klang mula menunjukkan peningkatan sejak 3 Mei lalu.

“Kita dapat lihat jumlah kenderaan mula mula meningkat sekali gus memandangkan cuti umum yang diumumkan berakhir 5 Mei lalu.

“Sehubungan itu, ANIH Berhad mengingatkan pengguna untuk tetap mengikuti TTA yang dikeluarkan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka.

“Kadar patuh pengguna terhadap TTA juga nampaknya meningkat kepada hampir 74 peratus berbanding 55 peratus sejak mula diumumkan minggu lalu.

“Ia banyak membantu melancarkan operasi pengurusan lebuh raya KLK dan LPT1, terutama dalam memastikan keselesaan pengguna di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah sepanjang tempoh itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Anih Berhad yakin kepatuhan pengguna terhadap TTA sedikit sebanyak menyumbang kepada keselesaan semua dalam tempoh itu.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818-700. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN