Harapan menggunung warga Sungai Lembing

Harapan menggunung warga Sungai Lembing

KUANTAN: “Kalau boleh biarlah Dato’ Umor (Umar Arbain Dollah) menang, baru ada kesinambungan untuk pembangunan Sungai Lembing ni,” kata Rokiah Taib, 74, dari Bukit Kuin, dekat sini.

Warga emas berkenaan berkata demikian ketika ditanya calon pilihannya untuk mewakili penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing.

“Saya amat berharap dia (Umar Arbain) terpilih bagi meneruskan keseinambungan bekas-bekas ADUN (Ahli DUN) sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Umar Arbain berkata, selain meneruskan kecemerlangan ADUN terdahulu, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah, beliau yakin hubungan rapat dengan penduduk Sungai Lembing memberi kelebihan baginya memenangi kerusi itu.

“Saya tidak ada masalah dengan semua masyarakat dan harapan saya semoga pengundi memberi sokongan untuk sama sama memajukan lagi DUN Sungai Lembing,” katanya. – ZULKEPLI OSMAN