Hargailah bapa, pesan Tok Wan

Hargailah bapa, pesan Tok Wan

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak masyarakat menghargai dan berbakti kepada bapa dengan sepenuh hati.

Katanya, sebaiknya mendoakan kesejahteraan kepada bapa dalam setiap amalan yang dilakukan.

‘InsyaAllah kita dikurnia keberkatan dalam kehidupan. Sesungguhnya amat besar pengorbanan insan ini dalam membesarkan anak-anak.

“Sanggup berhujan dan berpanas, rela berpayahan serta berpeluh keringat membanting tulang bagi mencari nafkah demi memastikan kehidupan dan kebajikan keluarga sentiasa terjaga.

“Oleh itu, hargailah bapa kita selagi mereka masih ada dan berbaktilah kepada mereka sepenuh hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy mengucapkan selamat berkata demikian sempena Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN