Hasil balak untuk orang kampung

Hasil balak untuk orang kampung

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan mengusahakan projek tanaman pokok balak yang apabila dituai hasilnya turut dikongsi bersama penduduk setempat.

Pengarahnya, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata antara spesies pokok yang akan ditanam ialah Batai dan Meranti Temak Nipis.

Menurutnya, pokok berkenaan boleh dituai dan memberikan hasil dalam jangka masa dua hingga empat tahun sekali gus memberi manfaat kepada penduduk kampung yang menetap berhampiran kawasan projek.

“Projek tanaman pokok balak spesies Batai dan Meranti Temak Nipis kini dilakukan sepanjang tahun membabitkan hampir semua daerah di negeri ini.

“Apabila projek ini berjaya, hasil jualan balak terbabit akan diagihkan kepada penduduk setempat bagi menambah pendapatan mereka,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek berkenaan kali pertama diperkenalkan JPNP selepas mendapat cadangan daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail. – MOHD IMRAN IZZAD.