Hati-hati aokme, dua sungai dah lepas paras amaran

Hati-hati aokme, dua sungai dah lepas paras amaran

KUANTAN: Dua sungai di Pahang mencatatkan bacaan paras air melepasi amaran iaitu masing-masing satu di Jerantut dan Kuantan, setakat 12 tengah hari ini.

Menerusi laman Web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit ialah Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan.

Selain itu, tujuh sungai merekodkan bacaan waspada iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai Sungai Yap dan Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut.

Seterusnya, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan, dan Sungai Keratong, Jalan Kota Bahagia, Rompin.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Situasi di Pahang masih terkawal dan pemantauan dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN