Hati-hati aokme sindiket sewa tanah orang kampung

Hati-hati aokme sindiket sewa tanah orang kampung

KUANTAN: Orang ramai khususnya penduduk kampung dinasihatkan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik sindiket yang dikenal pasti menyewa tanah mereka untuk melupuskan sisa toksik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, selain dijadikan tempat pelupusan, tanah disewa itu turut dijadikan transit.

“Kita percaya sindiket terbabit adalah daripada beberapa kilang haram yang tidak mendapat kelulusan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara ini dan kita harap orang ramai akan terus membuat aduan kepada JAS jika mengesan perbuatan sindiket,” katanya menerusi hantaran di Fecabook, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, sindiket terbabit dikesan tidak menggunakan nama syarikat sebaliknya melantik ejen bagi melupuskan sisa toksik terbabit.

“JAS sebelum ini sudah menangkap sindiket membuang sisa toksik dan ada antara mereka didakwa di mahkamah atas kesalahan itu. Oleh itu, kita minta orang ramai segera melaporkan kepada JAS untuk kita ambil tindakan,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN