Hati-hati kalau letak kereta tepi sungai musim tengkujuh ni

Hati-hati kalau letak kereta tepi sungai musim tengkujuh ni

JERANTUT:  Majlis Daerah Jerantut (MDJ) memasang beberapa kain rentang mengingatkan penduduk dan pelancong ke Taman Negara supaya lebih berwaspada mengenai bahaya kepala air sepanjang musim tengkujuh ketika ini. 

Setiausaha MDJ, Mohd Khasri Abdullah berkata, pihaknya dan Jawatankuasa Penyelaras Komuniti Bandar Kuala Tahan menaikkan kain rentang peringatan mesra itu di beberapa tempat tumpuan ramai.

“Kami harap penduduk tempatan lebih berhati-hati apabila meletakkan kenderaan mereka di tepi sungai. 

“Kita tidak mahu kejadian dua tahun lalu berulang. Ketika itu, enam kenderaan pelancong yang diletakkan di tepi Sungai Tembeling, tenggelam akibat kepala air Sungai Tahan,” katanya.

Beliau mengingatkan semua pelancong agar meletakkan kenderaan masing masing di tempat letak kereta awam MJD kerana lebih selamat. – MUHAMMAD NAJMIE