Hati-hati kalau nak ke Janda Baik wokmer

Hati-hati kalau nak ke Janda Baik wokmer

KUANTAN: Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya yang ingin ke Janda Baik, Bentong dinasihatkan berhati-hati.

Ini susulan kejadian banjir kilat yang menyebabkan beberapa jalan tidak boleh dilalui kenderaan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata berlaku kejadian tanah runtuh di jalan masuk ke Janda Baik iaitu antara Kampung Sum Sum ke Kampung Chemperoh.

“Jalan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan batu dan lumpur.

“Setakat ini, paras air menunjukkan penurunan dan cuaca mendung,” katanya, hari ini.

Sementara itu, seramai 42 keluarga terpaksa dipindahkan selepas dua kampung iaitu Kampung Chemperoh dan Kampung Sum Sum dilanda banjir kilat.

Mengikut laporan, JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 pagi dan melakukan operasi menyelamat. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN