KUANTAN: Pengguna jalan raya terutama kenderaan kecil perlu berhati-hati apabila menggunakan Jalan Sungai Riau berikutan laluan itu ditenggelami air.
Tinjauan mendapati air deras yang melimpahi jalan amat berisiko terutama kepada penunggang motosikal dan ada antaranya terpaksa berpatah balik dan mencari jalan lain seperti Jalan Kem Batu 10 untuk ke bandar Kuantan.
Air dijangka lebih deras dan semakin banyak melimpahi Jalan Sungai Riau dan dengan itu pengguna jalan raya perlu lebih berwaspada. – AJI YOP