KUANTAN: Pengguna jalan raya yang berhasrat ke Sungai Lembing, di sini, dinasihatkan berhati-hati ketika memandu berikutan berlaku hakisan tanah di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata hakisan tanah itu berlaku berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Sehingga ini, katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan sudah mengambil tindakan pantas memperbaikinya supaya tidak berlaku hakisan tanah.
“Permohonan peruntukkan sudah dibuat oleh JKR daerah kepada Kerajaan Persekutuan. Saya harap kepada semua pengguna jalan raya agar berhati-hati menggunakan laluan berkenaan.
“Sila patuh papan tanda yang sudah dipasang sebagai tanda peringatan,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan terbabit, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN