Hidalgo kembali bersama Sri Pahang

Hidalgo kembali bersama Sri Pahang

PEMAIN import dari Argentina, Manuel Hidalgo sah antara lima pemain import yang akan memperkasakan Sri Pahang FC musim ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sri Pahang FC hari ini, pemain berusia 23 tahun itu kembali bersama skuad Tok Gajah.

“Lihat siapa yang kembali! Kami berbesar hati mengumumkan Hidalgo telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Sri Pahang FC!,” kata satu kenyataan di  Facebook Sri Pahang FC.

Bintang dari Argentina itu dibawa masuk pada pertengahan musim lalu dan menambat hati penyokong dengan kelincahan dan aksi memukau di posisi sayap.

Walaupun memilih untuk beralih angin selepas kontraknya tamat pada November lalu, Hidalgo berubah fikiran dan kembali dengan misi mengecap sesuatu yang lebih besar bersama Sri Pahang musim ini.

Selain Hidalgo, empat pemain import yang sah menyarung jersi Tok Gajah musim ini ialah Mahmoud Za’tara dari Jordan, Billy Ketkeophomphone (Laos), Johan Martial (Perancis) dan Mamadou Samassa (Mali). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN