PEMAIN import dari Argentina, Manuel Hidalgo yang digugurkan sebaik saingan Liga Malaysia (Liga M) berakhir musim lalu dikatakan akan kembali menyertai Sri Pahang, musim ini.
Sumber pasukan memaklumkan, pemain berumur 22 tahun itu dikekalkan walaupun keputusan awal pengurusan kelab menggugurkan namanya.
“Sri Pahang mahu kembali mendapatkan khidmat pemain tengah itu untuk membentuk pasukan yang mantap musim ini.
“Setakat ini memang Hidalgo akan bersama Sri Pahang musim ini dan diharapkan dia mampu beraksi pada tahap terbaik dalam usaha membantu pasukan mencatat keputusan membanggakan dalam saingan Liga M musim ini,” kata sumber itu.
Baru-baru ini, Sri Pahang mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Muslim Ahmad yang digugurkan, kembali bersama menyarung jersi kelab itu untuk saingan musim ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN