Hindari bahan terlarang di SUKMA XX 2022

Hindari bahan terlarang di SUKMA XX 2022

KETUA kontinjen Pahang, Dato’ Hamdan Hussin mengingatkan atlet negeri ini supaya menghindari penggunaan bahan terlarang pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 yang berlangsung dari 16 hingga 24 September ini.

Katanya, fokus utama 450 atlet Pahang ialah mengekalkan displin dan mematuhi arahan daripada pegawai.

“Dengan menumpukan perhatian terhadap acara yang disertai, atlet dapat menjaga nama baik dan imej Pahang.

“Selaku ketua kontinjen, saya percaya atlet yang dipilih kali ini mampu melakar kejayaan dan memberikan persembahan terbaik,” katanya di Kuantan, semalam.

Pada temasya sukan kali ini, Pahang meletakkan sasaran membawa pulang 33 pingat emas, 20 perak dan 46 gangsa.

Acara sukan menembak, silat, memanah, gimrama dan olahraga antara bakal penyumbang utama pingat emas. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN