Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,314 kompaun bernilai RM328,500 dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.
Daripada jumlah itu, 643 kompaun dikeluarkan atas kesalahan merokok di tempat makan, 292 notis merokok di kompleks beli-belah (292) manakala 85 merokok di Rehat dan Rawat (R&R).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, Maran mencatatkan jumlah kompaun tertinggi iaitu 298.
“Sepanjang tempoh itu, Kuantan merekodkan jumlah kompaun paling rendah,” katanya pada sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan PPKHT 2004, di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam operasi berkenan, katanya, tiga pelanggan berumur di antara 21 dan 75 tahun dikompaun kerana kesalahan merokok di satu restoran di Indera Mahkota.
“Kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan ketiga-tiga individu terbabit dikompaun RM250 mengikut PPKHT 2004.
“Dua lagi kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan gagal mengimbas MySejahtera dan tidak lengkap dos vaksin Covid-19,” katanya.