Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan peralatan perubatan bernilai lebih RM97,000 buat Hospital Pekan.
Bantuan membabitkan satu unit alat imbasan ultrasound dan dua unit pam picagari (syringe pump) yang amat diperlukan hospital berkenaan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata MUIP ada menyediakan peruntukkan untuk membantu hospital dan klinik kesihatan di Pahang.
“Saya difahamkan alat berkenaan amat diperlukan terutama selepas Hospital Pekan kini dinaik taraf kepada hospital pakar,” katanya pada majlis penyerahan peralatan perubatan itu Timbalan Pengarah Hospital Pekan, Dr Izra Safwan Ali Aziz. Hadir sama Pengarah Hospital Pekan, Dr Fadilla Norli Muhamad.