Hospital Raub dapat sembilan jenis alat perubatan 

Hospital Raub dapat sembilan jenis alat perubatan 

RAUB: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang peralatan perubatan bernilai RM99,700 kepada Hospital Raub, di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbang sembilan jenis peralatan rawatan berharga di antara RM2,000 dan RM20,000 seunit.

“Bantuan diberikan hasil bayaran zakat penduduk negeri ini. Jika lebih banyak zakat diterima, lebih banyak bantuan dapat diberikan.

“Setiap tahun MUIP mengagihkan bantuan peralatan perubatan kepada hospital daerah di Pahang,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perubatan kepada Hospital Raub, yang turut dihadiri Pengarah Hospital Raub, Dr Ahmad Zunawanis Hashim.- MOHD IMRAN IZZAD