Team Fikrah Pahang
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini sedang mencari waris pesakit Lee Kim Wah yang meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 7.29 pagi di hospital berkenaan pada 24 Julai lalu (Sabtu).
Mendiang Lee yang berusia 65 tahun ketika meninggal dunia, beralamat terakhir di No 86 Lorong 10, Taman Tas, di sini.
“Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali mendiang boleh segera hadir ke Jabatan Forensik, HTAA atau menghubungi pihak kami di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya,” maklum HTAA dalam satu kenyataan di sini, hari ini.