HTAA cari waris pesakit meninggal dunia

HTAA cari waris pesakit meninggal dunia

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Ada gambar

KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sedang mengesan waris kepada seorang pesakit yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada Rabu lalu untuk urusan tuntutan jenazah. 

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hospital terbabit hari ini, pesakit yang meninggal dunia itu dikenali Abdul Rahim Tahir dan alamat terakhirnya di No. 1, Jalan Bukit Ubi, 25000 Kuantan. 

KUANTAN… Foto  Abdul Rahim Tahir yang meninggal dunia di HTAA Rabu lalu.

Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali allahyarham diminta segera menghubungi Jabatan Forensik, HTAA di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya.