Husin Ibrahim
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini menerima sumbangan 25 buah kerusi roda daripada Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang .
Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden MBN Pahang, Nor Aliff Yaakob kepada Pengarah HTAA, Dr Rahimah Ibrahim.
Dr Rahimah yang ditemui Fikrah Pahang selepas majlis penyerahan berkata, bantuan kerusi roda itu amat dialu-alukan pihaknya untuk keperluan berterusan pesakit hospital.
“Sebanyak 10 kerusi roda akan digunakan di Unit Perubatan Transfusi manakala selebihnya akan digunakan pesakit di wad lain di HTAA,” katanya.
Sementara itu, Nor Aliff berkata, pihaknya berharap sumbangan kerusi roda itu dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan pesakit HTAA yang memerlukan.