Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku

Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku

KUANTAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di enam daerah sehingga esok.

Menurut kenyataan berkenaan, enam daerah terbabit adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Hujan berterusan peringkat waspada pula membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh dijangka berlaku sehingga Selasa ini.

Sementara itu, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Pahang sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN