Hujan lebat tahap buruk di Kuantan, Pekan, Rompin

Hujan lebat tahap buruk di Kuantan, Pekan, Rompin

KUANTAN: Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, di sini, satu-satunya PPS masih dibuka setakat kira-kira 4 petang, hari ini, yang menempatkan 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan 221 mangsa daripada 62 keluarga berada di tiga PPS, pada kira-kira 8 pagi, hari ini. 

Dua PPS yang ditutup ialah SK Cherating dan Surau Kampung Chendor.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di tiga daerah di Pahang sehingga esok.

Tiga daerah itu adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN