I-PUSH ibarat talian hayat buat peniaga kecil

I-PUSH ibarat talian hayat buat peniaga kecil

KUANTAN: “Pernah dulu perniagaan saya dah tinggal nyawa ikan sebab COVID-19 dan kemudian baru nak pulih, datang pula banjir.

“Waktu itu saya betul-betul terduduk dan seksa juga nak ‘start’ (mula) balik,” kata Shamsul Izhar Mohd Salleh, 43, dari Bentong.

#kuantan Penerima Bantuan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang 2022 (SKIM I-PUSH 2022), Shamsul Izhar Mohd Salleh, 43, dari Bentong. Gambar oleh Mustaffa Kamal

Shamsul Izhar yang mempunyai perniagaan percetakan di Bandar Bentong adalah antara 751 penerima Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Pahang (i-PUSH) 2022 yang disampaikan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, hari ini.

“Alhamdulillah, i-PUSH amat membantu peniaga seperti saya untuk kembali ‘bernafas’ selepas menempuh episod mencabar akibat COVID-19 dan banjir.

“Dengan bantuan ini dapat saya beli mesin cetak dan stok baju baharu selain membaiki kedai yang rosak,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

#kuantan Penerima Bantuan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang 2022 (SKIM I-PUSH 2022), Hazlina Ali, 43, dari Kuantan. Gambar oleh Mustaffa Kamal

Bagi makanan, Hazlina Ali, 48, i-PUSH dianggapnya sebagai talian hayat yang dapat menyambung kembali perniagaannya yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada MB (Wan Rosdy) dan Kerajaan Pahang yang terbukti amat prihatin membantu rakyat dan peniaga seperti saya,” katanya. – HELMY ABD RAHMAN