Ibu tunggal penerima RRP pertama di Raub tahun ini

Ibu tunggal penerima RRP pertama di Raub tahun ini

Zulkepli Osman

zulkepli@fikrahpahang.com.my

RAUB: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam merangkap Ketua UMNO Bahagian Raub merangkap, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram, hari ini, mewakili kerajaan negeri menyerahkan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada seorang ibu tunggal di di Kampung Tok Machang di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, juga berkesempatan menyerahkan bantuan Kit Bumi Hijau daripada Pejabat Pertanian Raub, Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Penjaja Tidak Berdaftar.

“Hari ini saya mewakili Kerajaan Pahang menyerahkan kunci RRP kepada Nor Afridawaty Ahmad di Kampung Tok Machang, iaitu RRP pertama tahun ini bagi daerah Raub.

“Pada masa sama, saya berkesempatan menyerahkan bantuan Kit Bumi Hijau daripada Pejabat Pertanian Raub, Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Penjaja Tidak Berdaftar,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Raub, Dato’ Azinuddin Abd Rahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub, Dato’ Tengku Abd Rahman Tengku Perang; Ketua Wanita UMNO Bahagian Raub dan Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Zulriyani Yahya.