Ikan selayang 20 sen seekor selesai dalam dua jam

Ikan selayang 20 sen seekor selesai dalam dua jam

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Lebih 160 kilogram ikan selayang segar berharga 20 sen seekor habis dijual dalam kira-kira sejam pada program jualan amal, di sini, semalam.

Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah, itu dikhususkan untuk penduduk yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Setiausahanya, Zahir Shah Zahid, berkata setiap keluarga hanya boleh membeli satu kilogram ikan selayang.

“Ini kali pertama kami menjual ikan. Sebelum ini, kami mengadakan jualan amal ayam segar iaitu 150 ayam dijual RM5 seekor. 

“Kita bukan mencari keuntungan sebaliknya hanya ingin membantu golongan memerlukan yang terkesan, ” katanya.

Zahir Shah berkata, selepas ini pihaknya akan memikirkan barangan keperluan apa yang sesuai untuk dijual murah bagi membantu masyarakat dan kemungkinan ia sayur-sayuran segar.