KUANTAN 06 April 2023 (Fikrah Pahang ) Seramai 2,711 orang terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid di negeri ini diumumkan sebagai penerima tambahan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 membabitkan peruntukan berjumlah RM640,200 menjadikan jumlah enam kategori penerima bantuan ini selepas lima kategori diumumkan selasa lalu.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 980 imam masjid akan menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM294,000.
Manakala setiap seorang bilal pula menerima RM200 melibatkan 877 penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400 dan siak akan menerima RM200 melibatkan 854 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM170,800.
” Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri dan bantuan kepada golongan sasar ini juga dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri”. katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam
oleh: Kabhi Ismail