Ingin berbakti kepada rakyat, tawarkan diri bertanding

Ingin berbakti kepada rakyat, tawarkan diri bertanding

Raub 20 Februari 2023. Bekas Ahli Dewan Negeri Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab. Moin hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub pada pemilihan parti itu kali ini ketika ditemui selepas penyerahan borang pencalonan kepada urusetia di Pejabat UMNO Bahagian Raub.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub selama 24 tahun bermula 1995 hingga 2018 dan melepaskan jawatan tersebut kepada timbalannya, Dato’ Aziz Mat Kiram.
“Hubungan yang mesra dan baik dengan ahli dan masyarakat sekitar serta dan ingin terus berkhidmat kepada rakyat salah satu sebab saya menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub”.

Pemilihan UMNO diperingkat cawangan, bahagian dan pusat termasuk sayap-sayap wanita, pemuda dan puteri bermula 1 Februari sehingga 18 Mac 2023 untuk menentukan kepimpinan bagi sesi 2023-2026-Fikrah Pahang

oleh: Kabhi Ismail