Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
RAUB: Tiga ratus pokok ditanam di kiri dan kanan jalan masuk ke FELDA Krau 1, di sini, pada Program Psikososial Kempen Penanaman Pokok sempena sambutan Hari Malaysia 2021.
Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Dadah (JKPD) Raub.
Abd Aziz berkata, program itu anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Raub dengan kerjasama Pejabat Felda Krau 1 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA Krau 1.
“Selain dapat menambahkan keceriaan, ia diharap dapat menjadi tarikan sebagai lokasi ekopelancongan pilihan masyarakat di daerah Raub termasuk berbasikal dan berjogging di sepanjang jalan ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Batu Talam.