Inilah masanya untuk tebus kecewa

Inilah masanya untuk tebus kecewa

KEKECEWAAN masih dirasakan Dato’ Dollah Salleh selepas Sri Pahang FC tewas 2-5, di tangan Penang FC sehingga pasukannya tersingkir pada pertemuan suku akhir Piala FA, pada 23 Julai lalu.

Namun, beliau percaya skuadnya berupaya untuk menebus kekecewaan itu apabila berdepan Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, malam esok.

“Perlawanan itu adalah peluang terbaik untuk menebus kekecewaan dan kembali mencatat kemenangan. 

“Tapi, saya tetap memberitahu pemain supaya tidak memandang mudah kemampuan lawan biarpun mereka berada di dasar liga.

“Kedudukan Penang FC itu tidak menjamin kelebihan buat Sri Pahang kerana lawan bermain di tempat sendiri,” katanya.

Selepas 15 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kelima manakala Penang pula di tangga ke-12 dengan tujuh mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN