INSENTIF MENANTI JIKA BAWA PULANG EMAS

8 OGOS 2024 (KUANTAN) : Kerajaan Negeri Pahang bersetuju kadar insentif untuk pemenang pingat emas bagi atlet dari negeri Pahang ditingkatkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 21 di Serawak.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Wan Rosdy Wan Ismail melalui kenyataan medianya memaklumkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) telah bersetuju kadar insentif pemenang emas bagi atlet Pahang sebagai menghargai komitmen dan usaha gigih atlet Pahang yang bersungguh-sungguh berlatih dan berkorban untuk mempertingkatkan prestasi sukan dan mempertingkatkan imej negeri Pahang dalam bidang sukan.

Melalui Kadar baru ini pemenang pingat emas atlet individu akan menerima insentif RM6 ribu berbanding RM4 ribu sebelum ini, manakala pemenang pingat emas atlet berkumpulan akan menerima RM2 ribu setiap seorang berbanding RM1 ribu sebelum ini.

Ujarnya, ” Adalah menjadi harapan beliau, atlet SUKMA Pahang dapat menunjuk dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam mengharungi saingan di SUKMA Serawak”.

Untuk Rekod Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 21 akan dilangsung pada 17 hingga 24 Ogos dan Serawak telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkannya.

-KabhiIsmail.